Keanggotaan

Keanggotaan dalam Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad terbuka kepada:
1. Warganegara Malaysia
2. Telah mencapai umur lapan belas tahun
3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja atau belajar dalam kawasan operasi iaitu, seluruh Selangor kecuali daerah Sabak Bernam
4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan untuk menjadi anggota koperasi boleh dibuat secara atas talian
1. Isikan maklumat yang diperlukan pada http://kostem.ledger.my/ms/user/register
2. Permohonan anda akan disemak dan akaun akan diaktifkan
3. E-mel akan dihantar kepada anda beserta arahan pembayaran untuk didaftarkan sebagai ahli
4. Pembayaran fi masuk (RM10) dan syer minima (RM100) perlu dijelaskan ke akaun Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad
5. Setelah pembayaran dibuat sila e-mel salinan slip pembayaran

Sebagai ahli berdaftar, anda boleh menggunakan fungsi portal berikut:
1. Papar dan kemaskini profil anda
2. Papar penyata anda
3. Pembayaran atas talian bagi tambahan syer (akan datang)
4. Permohonan untuk pengeluaran syer (akan datang)
5. Iklankan bisnis, acara dan perkhidmatan anda (akan datang)

Melayu

Modal Berbayar

Bilangan Debit (RM) Kredit (RM)
35 4,281.00